assalamualaikum semua :)
kembali meneruskan peristiwa pnuh bersejarah dengan menyingkap perjalanan Rasululullah s.a.w di mana Baginda naik ke Hadratul Qudus menemui Allah s.w.t.Ketika ini, didatangkan kepada baginda sebuah mikraj iaitu tangga yang indah dari syurga.Rasulullah dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkatlah pintu langit dunia (pintu Hafzhah) . Setiap kali Baginda bertemu dengan para nabi , perkataan pertama yang diucapkan ialah ASSALAMUALAIKUM. ini menjelaskan bahawa betapa penting dan mulianya ucapan salam yang diucapkan kita setiap kali bertemu sesama muslim.Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud "Berilah makan dan sebarkanlah salam(assalamualaikum) , nescaya kalian akan mewarisi syurga" . Antara peristiwa yang berlaku di setiap tanggaa ialah:
Langit pertama:Rasulullah dan Jibril masuk ke langit pertama lalu berjumpa Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang yang memakan riba dan harta anak yatim serta melihat orang berzina dengan rupa dan kelakuan yang sangat hodoh dan buruk.Penzina lelaki bergantung susu penzina perempuan.
Langit kedua:Nabi Muhammad bertemu dengan Nabi isa dan Nabi Yahya a.s.
Langit ketiga:bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.
Langit keempat: bertemu dengan Nabi Idris a.s.
Langit kelima: bertemu dengan Nabi Harun a.s. yang dikelilingi kaumnya bani israel.
Langit keenam: bertemu dengan para nabi
Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa a.s. , baginda disuruh mengangkat kepalanya lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Langit Ketujuh: bertemu denagan Nabi Ibrahim a.s. sedang bersandar pada Baitul Makmur sambil dihadao kaumnya. Kepada Rasulullah , Nabi Ibrahim bersabda "Engkau akan berjumpa Allah pada malam ini . Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLAHLAH ALLAHUAKBAR dan WALAHAULAWALAQUWATAILLABILLAHI'ALIYUL'ADZIM. Bagi orng yang membaca kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga"
Selepas itu , baginda masuk ke dalam Baitul Makmur lalu solat.Baitul Makmur terletak betul2 di atas Baitullah dan adalah tempat malaikta bertawaf.
Tangga kelapan: Di sinilah disebut "al kursi" yg berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu.
sungai yang airnya tidak berubah, sungai susu, sungai arak, sungai madu serta buah,daun dan dahan yang berubah warna dan bertukar menjadi permata yang indah.Unggas2 emas berterbangan dan semua keindahan yang tak terperi oleh manusia .Bginda juga dapat melihat air sungai Kauthar yang terus masuk ke syurga .
Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta penunggunya, Malik.
Tangga Kesembilan:di sini berbetulan dengan pucuk Sidratul Muntaha .Rasulullah masuk dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul Aqlam.Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib dalam nr 'arasy iaitu lelaki dunia yang lidahnya sering basah berzikir , hatinya tertumpa penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Tangga kesepuluh: Baginda sampai ke Hadratul Qudus dan Hadrat Rabbul Arbab lalu dapat menyaksikan Allah dengan mata kepala Baginda , lantas sujud.
Di sinilah Allah memfardukan solat 50 waktu kepada baginda.selesai munajat , Rasulullah dibawa menemui Nabi Ibrahim kemudian Nabi Musa.
Nabi Musa bertanya: " apakah yang difardukan Allah kepada kamu untuk umatmu?"
Rasulullah s.aw. menjawab"solat 50 kali sehari" Nabi Musa kemudian berkata: "Kembalilah menghadap Tuhanmu dan mintalah pengurangan.Sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukan hal itu."
Lalu Baginda pun berulang alik sebanyak sembilan kali sehingga Allah berkenan mengurangkan waktu solat menjadi lima kali sehari semalam dengan mengekalkan nilai pahala bersmamaan solat 50 kali.
Selepas Mikraj, Rasulullah turun ke langit dunia semula seterusnya ke Baitul Maqdis . Kemudian dengan menaiki Buraq , Baginda tiba di Masjidil Haram pada malam yang sama.
Baginda menceritakan perjalanan itu kepada kaum Baginda , tetapi mereka menuduh Rasulullah berdusta kerana mana mungkin Baginda dapat sampai ke tempat-tempat tersebut dalam masa yang singkat sedang manusia biasa mamakan masa yang lama untuk ke sana.
Hanya Saidina Abu Bakar sahaja yang membenarkan kata-kata Baginda lalu beliau digelar as-siddiq yang bermaksud 'yang membenarkan'.
peristiwa isra' dan mikraj memperlihatkan pelbagi kejadian aneh yang penuh pegajaran dan seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati dan takut kepada kekuasaan ALAH S.W.T.
No comments:
Post a Comment